"Siok Buruk" (Ayam Pansoh) the Best Ever
Nama glamor ayam pansuh atau dalam bahasa dayak ayam pansuoh atau siok buruk (Bidayuh) merupakan makanan tradisi kaum dayak di Sarawak. Tak sah la kalau ke Sarawak kalau tak mencuba resepi ni. Resepi ayam pansuh ni berasal daripada campuran masakan ayam kampung dengan daun ubi liar yang dipetik daripada hutan. Daun ubi liar ni berbeza daripada daun ubi yang kita biasa tanam kerana mempunyai tekstur yang lebih lembut dan rasa yang tidak kelat. Daun ubi ni biasanya terdapat di tebing sungai dan sekitar kaki-kaki gunung. Selain daun ubi sayur yang turut dicampur juga ialah daun bawang kucai kampung dan pucuk kecalak (sejenis sayur hutan).
Setelah kesemua bahan-bahan dipotong bahan tersebut kemudian dimasukkan ke dalam buluh yang yang telah dipotong. Saiz buluh yang biasa digunakan adalah 3 inci. Masukkan air ke dalam buluh dalam anggaran melebihi paras bahan-bahan sayur tadi. Tutupkan mulut buluh tadi menggunakan daun supaya masakan tidak dimasuki habuk atau kotoran.
Masakkan pansuh tadi di atas api yang telah disiapkan palang kayu untuk memegang buluh tadi. Api yang dinyalakan tidak perlu terlalu bara supaya pansuh yang dimasak tidal terlalu masak (overcook). Pansuh itu juga perlu la digaul sekurang-kurangnya 2 kali dengan mengunakan batang buluh yang dibelah supaya kandungan pansuh tersebut masak dengan sekata.
Hidangan ayam pansuh ini lazimnya menjadi hidangan utama dan wajib pada setiap perayaan gawai dayak. Santapan ayam pansuh ini dilengkapi dengan nasi bungkus daun dan kemudiannya dihidangkan di "awah" rumah panjang (luar rumah panjang).
Sampai disini saja sharing saya setakat ini. Banyak lagi tradisi kami yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ayam pansuh tadi boleh dicuba masak di rumah. Selamat mencuba dan selamat merasakan resepi teragung kaum kami di bumi kenyalang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan