Khamis, 4 Ogos 2016


" OH...MY COSTUME"..!
 Ngepan Indu Iban
"Ngepan indu Iban" adalah merupakan pakaian tradisional perempuan suku kaum Iban di Sarawak. Pasangan kain wanita ini adalah kepada "kain sirat / kain burung " iaitu kain kepada kaum lelaki Iban yang pada zaman dahulu nya digunakan pada setiap kali perayaan Gawai. Antara aksesori pakaian "ngepan indu Iban" adalah seperti berikut :
  • Sugu Tinggi 
  • Tali Mulung
  • Rawai 
  • Tumpa Bentuk
  •  Buah Pauh
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  •  Lampit
  • Sementing Ringgit
  • Selampai
  • Tango
Semasa menggunakan pakaian ini kaum wanita dan lelaki akan mempersembahkan tarian ngajat iaitu tarian tradisi mereka di dalam rumah panjang untuk menghiburkan ahli keluarga dan sanak saudara yang berada sama di ruai rumah panjang mereka. Tarian ini juga merupakan simbolik untuk meraikan pesta menuai yang telah berlangsung dan menandakan tanda terima kasih kaum mereka atas rezeki padi yang mereka perolehi.

 Kain Branggi / Brejang Bidayuh
Pakaian ini merupakan pakaian tradisional masyarakat Bidayuh yang lazimnya digunakan semasa perayaan gawai dayak. Bangsa Bidayuh ini merupakan bangsa yang unik kerana mempunyai beberapa jenis iaitu diketahui daripada berlainan tempat. Antara 4 jenis besar bangsa Bidayuh ialah :
  1. Bidayuh Serian (Bibukar dan Bisadong)  
  2. Bidayuh Bau (Singai dan Jagoi)
  3.  Bidayuh Padawan (Biannah, Binyawa, Penrisen, Tibia)
  4. Bidayuh Selakau / Selako ( Lara )
Warna asas bagi pakaian tradisi Bidayuh ini adalah merah dan hitam manakala barang  unik untuk aksesori kami adalah manik , rotan dan tembaga. Manik digunakan untuk menghasilkan topi manik dan rantai manakala rotan digunakan untuk membuat tali pinggang rotan dan "tambok" (bakul / karang) yang bertujuan untuk menyimpan padi yang baru dituai. Tembaga semestinya menjadi barang berharga bangsa bidayuh pada suatu ketika dahulu dan dibentuk untuk menjadi perhiasan diri seperti gelang kaki, "rasung" (rantai leher yang panjang) dan gelang tangan. 
 
 Pua Kumbu / Motif Sarawak.
Tidak salah tak bukan pua kumbu adalah menjadi kebangaan kami masyarakat Sarawak yang sentiasa menjadi pilihan kami walaupun telah lama wujud sejak dari zaman nenek moyang moyang kami. Pua Kumbu ini asal ditenun oleh kaum Iban dan Kenyah/Kayan pada zaman dahulu untuk dijadikan selimut dan sarung. Walaupun di zaman moden ini terdapat banyak fesyen dan corak moden tetapi corak dan tenunan pua kumbu ini tetap dijadikan pilihan malah diperbaharui kepada potongan moden.
 Walaupun saya berbangsa Bidayuh tetapi saya tetap mencintai karya, bahasa dan etnik suku kaum yang lain kerana bagi saya setiap suku kaum di Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri. 
*****AKUK ANAK BORNEO***** 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan